Ahad, 3 September 2023

Ibu tidak berkenang apa patut saya kena buat

hari ni 2/9/23 setelah selesai majlis perkhawinan adik perempuan saya di kelantan dan menunggu tarikh majlis sebelah pihak lelaki plk dekat selangor bulan 10.2023 ibu saya setakat ini ada 4 orang besan,besan 1 di orang kelantan,besan ke-2 orang terengganu,besan ke-3 orang melaka,dan besan baru yg ke-4 orang selangor. sy pun tak faham jgk sebenar bila banyak besan mesti ada yg termakan hati disebabkan layanan lagi lagi bila kita buat majlis semua besan datang dari jauh jauh belaka maka bermula lah my story,aku(lelaki) ada seorang pilihan hati orang selangor,dah 1tahun lebih kita kenal hati budi masing masing(orang baik).sebelum sebelum ni aku dah pernah bercerita 3 4 kali yg aku sedang bercinta dgn orang selangor,berumur 25,berhantaran 20k dekat ibu sy,tetapi ada perasan jgk lah semacam ada benda yg ibu sy nak pertikaikan.(hanya perubahan raub wajah) hari ni semasa majlis adik perempuan tengah berjalan,ramai je yg bertanya saya bila plk?,dengan orang mana? dan itu ini soalannya tp bila sepupu sebelah ibu saya(maksu) bertanya dah ada ke?dgn orang mana? ibu sy ckp dgn orng selangor orang jauh(jawapan), kenapa pilih yg jauh jauh?yg dekat kan ada? ibu sy ckp lagi itu lah dgn orang jauh jauh susah nanti nk balik kg,nk pergi tengok tengok (jawapan) maksu ada nak kenalkan dgn orang baik(sedara sebelah ipar) orang pun cantik,orang kelantan. ibu sy cakap(raub wajah bersetuju)betul ke ada maksu boleh sangat lah kalau dgn orang baik dekat sikit senang sikit(jawapan) dari situ aku perasan something wrong(macam berkenang plk dgn orng jauh tu)aku cuma senyap saja masa tu hanya manpu dengar saja percakapan itu,kalau nanti maksu hantar gambar bagi ibu sy tengok. selepas itu aku masih lagi berfikir fikir mcm mana nak settel masalah ni sebelum bulan 10.2023 kerana aku terdengar perancangan ayah dgn besan 1,dan 3 tadi selepas selesai majlis rumah sebelah lelaki(besan ke-4)di selangor akan terus masuk merisik pilihan hati sy utk sekali jalan terus di selangor. selepas itu,abang sy(besan ke-2) ada bercerita tentang cara layanan ibu dekat besan ke-2 selama ni(tak seadil besan yg lain) dan selalu menbeza bezakan menantu(besan ke-3) lebih baik dan bagus dari menantunya(besan ke-2) itu.patut lah sudah sekian lama aku dan adik beradik yg lain ada syak something wrong antara ibu aku dgn menantunya(besan ke-2) cuma tak berani nak masuk campur hal tersebut dan ternyata hari ini kerana layanan tak adil kesemuanya baru terungkai aku percaya masa abang aku dulu(besan ke-2) ada masalah hampir sama dgn aku yg sekarang ni iaitu masalah tak berkenang. aku cerita bukan nak buka aib siapa siapa,cerita ini utk lebih kefahaman 2 belah pihak,aku cuma berfikir cara nak settel masalah ini? dan aku belajar dari sejarah abang aku dulu je utk aku elak dari terjadi benda sama kerana aku lebih kenal sifat ibu aku. yg lagi penting bagi sy adakah pilihan hati sy boleh berhadapan ke benda ni,mcm wife abang sy hadap (99% hampir sama) sebetulnya aku buntu jika pilihan hati aku tahu pasal ini dan dia tak sanggup utk teruskan atau memcuba ubah. adakah patut ke aku ceritakan hal ini sebelum bulan 10.2023 padahal aku sendiri pun baru tahu pasal ni hari ini setelah abang aku ceritakan semuanya.patut tak? aku dah bersusah senang sama sama,rasa sayang,rasa selesa,rasa bahagia 1tahun lebih dan sudah 2 kali pergi berbincang utk planning merisik dan kawin dgn ibu dan abang abang dia.sebab itu aku tak nak disebabkan benda ni akan jadi penghalang perjuangan aku utk berkhawin dengan dia. minta jasa baik warga maya tolong menolong utk bagi solution sebetulnya saya 99% sudah buntu dan abang saya telah buntu.