Ahad, 3 September 2023

Ibu tidak berkenang apa patut saya kena buat

hari ni 2/9/23 setelah selesai majlis perkhawinan adik perempuan saya di kelantan dan menunggu tarikh majlis sebelah pihak lelaki plk dekat selangor bulan 10.2023 ibu saya setakat ini ada 4 orang besan,besan 1 di orang kelantan,besan ke-2 orang terengganu,besan ke-3 orang melaka,dan besan baru yg ke-4 orang selangor. sy pun tak faham jgk sebenar bila banyak besan mesti ada yg termakan hati disebabkan layanan lagi lagi bila kita buat majlis semua besan datang dari jauh jauh belaka maka bermula lah my story,aku(lelaki) ada seorang pilihan hati orang selangor,dah 1tahun lebih kita kenal hati budi masing masing(orang baik).sebelum sebelum ni aku dah pernah bercerita 3 4 kali yg aku sedang bercinta dgn orang selangor,berumur 25,berhantaran 20k dekat ibu sy,tetapi ada perasan jgk lah semacam ada benda yg ibu sy nak pertikaikan.(hanya perubahan raub wajah) hari ni semasa majlis adik perempuan tengah berjalan,ramai je yg bertanya saya bila plk?,dengan orang mana? dan itu ini soalannya tp bila sepupu sebelah ibu saya(maksu) bertanya dah ada ke?dgn orang mana? ibu sy ckp dgn orng selangor orang jauh(jawapan), kenapa pilih yg jauh jauh?yg dekat kan ada? ibu sy ckp lagi itu lah dgn orang jauh jauh susah nanti nk balik kg,nk pergi tengok tengok (jawapan) maksu ada nak kenalkan dgn orang baik(sedara sebelah ipar) orang pun cantik,orang kelantan. ibu sy cakap(raub wajah bersetuju)betul ke ada maksu boleh sangat lah kalau dgn orang baik dekat sikit senang sikit(jawapan) dari situ aku perasan something wrong(macam berkenang plk dgn orng jauh tu)aku cuma senyap saja masa tu hanya manpu dengar saja percakapan itu,kalau nanti maksu hantar gambar bagi ibu sy tengok. selepas itu aku masih lagi berfikir fikir mcm mana nak settel masalah ni sebelum bulan 10.2023 kerana aku terdengar perancangan ayah dgn besan 1,dan 3 tadi selepas selesai majlis rumah sebelah lelaki(besan ke-4)di selangor akan terus masuk merisik pilihan hati sy utk sekali jalan terus di selangor. selepas itu,abang sy(besan ke-2) ada bercerita tentang cara layanan ibu dekat besan ke-2 selama ni(tak seadil besan yg lain) dan selalu menbeza bezakan menantu(besan ke-3) lebih baik dan bagus dari menantunya(besan ke-2) itu.patut lah sudah sekian lama aku dan adik beradik yg lain ada syak something wrong antara ibu aku dgn menantunya(besan ke-2) cuma tak berani nak masuk campur hal tersebut dan ternyata hari ini kerana layanan tak adil kesemuanya baru terungkai aku percaya masa abang aku dulu(besan ke-2) ada masalah hampir sama dgn aku yg sekarang ni iaitu masalah tak berkenang. aku cerita bukan nak buka aib siapa siapa,cerita ini utk lebih kefahaman 2 belah pihak,aku cuma berfikir cara nak settel masalah ini? dan aku belajar dari sejarah abang aku dulu je utk aku elak dari terjadi benda sama kerana aku lebih kenal sifat ibu aku. yg lagi penting bagi sy adakah pilihan hati sy boleh berhadapan ke benda ni,mcm wife abang sy hadap (99% hampir sama) sebetulnya aku buntu jika pilihan hati aku tahu pasal ini dan dia tak sanggup utk teruskan atau memcuba ubah. adakah patut ke aku ceritakan hal ini sebelum bulan 10.2023 padahal aku sendiri pun baru tahu pasal ni hari ini setelah abang aku ceritakan semuanya.patut tak? aku dah bersusah senang sama sama,rasa sayang,rasa selesa,rasa bahagia 1tahun lebih dan sudah 2 kali pergi berbincang utk planning merisik dan kawin dgn ibu dan abang abang dia.sebab itu aku tak nak disebabkan benda ni akan jadi penghalang perjuangan aku utk berkhawin dengan dia. minta jasa baik warga maya tolong menolong utk bagi solution sebetulnya saya 99% sudah buntu dan abang saya telah buntu.

Rabu, 27 Oktober 2021

syafirudin raja saraf

 

Apa kelebihan Pil Penawar Raja Saraf ni utk korang? ✔ Melegakan Resdung ✔ Menghilangkan Kebas Kaki & Tangan ✔ Menurunkan Paras Gula (Kencing Manis) ✔ Memulihkan tenaga Batin ✔ Melancarkan Peredaran Darah (Darah Tinggi) ✔Masalah Stroke (Lama@Baru) ✔Melegakan Sakit & Lenguh Pinggang Dan Tubuh Badan ✔Memberikan Tenaga & Kecergasan Sepanjang Hari ✔Lelah/Astma ✔Menguatkan Jantung ✔Gaout ✔Parkinson & Migrain ✔ 100% herba. ✔ Diluluskan kementerian Kesihatan Malaysia. Produk kami diyakini HALAL dan mendapat kelulusan KKM no rujukan: 110615/05/323 ๐Ÿ‘‰ PENAWAR RAJA SARAF โ„นSM : Rm95 โ„นWM : Rm105 →→ Untuk order boleh tekan link dibawah ๐Ÿ‘‡ www.whatsap.my/01126087826
  ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ #pilpenawarrajasaraf#rajasaraf #saraf#bengkaksendi#sakitjantung #ubatsaraf#sakiturat#collagen #stroke#gaout#resdung#sakitlutut #slimrich#gatalhidung#migrain#astma #slimxpert#parkingson#kebaskaki #supplement#bengkakluntut #penawarrajasaraf#kebastangan

Sabtu, 2 Oktober 2021

cara clear urine dengan berkesan dan sangat cepat

aku baru tau ada cara clear yang mujarab,nak jadikan cerita dulu aku pernah terlibat dengan dadah pil kuda,ais,flavor massrome.. malam kejadian aku tengah main phone dan tak sengaja terbuka email dan tertengok email dari SPA yg aku kena pergi ujian fizikal pada esok hari pukul 8pagi..sekitar pukul 12malam aku pun perkena cukup2 bg ada tenaga sedikit utk ujian esok,lepas tu sekitar pukul 1pagi sebelum tidur aku terus minum sebotol cuka makanan, lalu perut dan tengkok aku terasa tidak enak tak nak bagi tahan rasa tak enak tu aku pun tidur lah.. pada keesokkan hari nya aku bangun sekitar pukul 7.30pagi bersiap2 utk pergi ujian, sampai sana ngam2 pukul 8,perut dan tengkok aku sudah berasa seperti sedia kala mybe effect cuka sekita 1-2jam akan rasa tidak keenakan lepas tu seperti biasa dah.. ujian punya ujian dengan berbekalkan dos semalam, sampai satu tahap sekitar pukul 10pagi aadk buat ujian urine test dan aku orang pertama di urine nya, keputusan negetif,selepas tu baru aku ke next stage ujian larian.. setelah selesai kesemuanya aku dapat sign surat yg menyatakan aku lulus ujian SPA tu.. dapat interview pun lulus jgk,.. selepas tu aku nak ambil tahu jgk effect sampingan jika minun cuka,tp sampai ke sekarang pun tak jgk dapat tahu.. kesimpulannya jgn lah minun cuka sebab tak tahu effect sampingan nya mybe dlm jangka masa panjang or dalam jangka masa pendek.. kalau nak kepastian kena tanya pd yg pakar.. cerita ni just nak bagitau cuka itu lebih berkesan berbanding ubat-ubatan yg lain.. pesanan sy jgn pernah sakit kan tubuh badan kita dgn ambil dadah, hidup normal adalah lebih baik.. sy sendiri pun sudah tinggal benda2 yg tidak menberi manfaat itu.. itu saja perkongsian sy.. tq sudi baca.. haha tak menarik pun tp sangat jelas utk tambah ilmu.. 

Isnin, 2 Ogos 2021

Sebelum kejatuhan ekonomi yg sekarang sy berjaya keluarkan sedikit wang di platform advisory kerana banyak kelemahannya ditambah plk kekangan wang emergency..sy menjualnya kerana sy mengikut pengetahuan sy ekonomi akan jatuh serendah rendahnya jika sy memilih utk tambah dana munkin resikonya lebih tinggi walaupun itu yg sepatutnya.kerana terlampau tinggi dan kekalkan sistem ada wang lebih baru melabur jadi sy memilih utk hold kan pertambahan dan menambahnya unit di saat ekonomi sedikit baik ketika berada di paras paling rendah.

Ahad, 7 Mac 2021

Anak ikan kura-kura: Orang mahu pinjam duit boleh ke tidak

Anak ikan kura-kura: Orang mahu pinjam duit boleh ke tidak:   Duit lebih Jika anda ada duit lebih tak salah pun nak bagi pinjam kerana pemberian anda itu sudah menbantu sebahagian    atau sepenuhnya u...

Orang mahu pinjam duit boleh ke tidak

 Duit lebih


Jika anda ada duit lebih tak salah pun nak bagi pinjam kerana pemberian anda itu sudah menbantu sebahagian  atau sepenuhnya untuk si dia.


Kalau tiada duit lebih pun tak salah jgk kalau nak bagi pinjam,tetapi tetapi kebanyakkannya itulah  kesalahan terbesar yang anda lakukan bila anda memerlukan duit tetapi pada masa itu si peminjam tu tak boleh menbayar duit anda.


Yang pasti comfirm di waktu itu anda akan rasa tertekan,emosi terganggu,mintak secara merayu,kena malu muka,anda plk kena pinjam duit dengan orang lain,menyesal,maki hamu,putus kawan,silap cakap makin lambat plk dia bayar.


Korang mesti sudah fahamkan pasal duit lebih..saya akan detail kan sedikit ikutkan apa yang ada rasakan bersesuaian sebelum nak bagi pinjam kat orang.


Maksud Duit lebih atau duit lebihan,duit yang sudah anda simpan untuk stanby 1-3bulan dalam bentuk wang untuk simpan keperluan perbelanjaan asas,makanan,utility,sewa,maintenance,dan kecemasan yang telah diasingkan.


Contoh:


Gaji bersih RM2000 sebulan


Perbelanjaan sebulan

Jumlah sebulan

Simpanan perbelanjaan 3 bulan telah diasingkan

Sewa rumah&utility

RM350

RM1050

Makanan

RM600

RM1800

Transport

RM200

RM600

Lain-lain perbelanjaan

RM400

RM1200

Balance

RM450

RM1350

Duit lebih

RM900

-


Jelas tak kalau tak jelas boleh PM sy ye..saya akan aturkan..itu sahaja TQ.

Selasa, 2 Mac 2021

Cara-cara berpontesi berjaya dalam perniagaan pelaburan

 1- Menilai Diri Sendiri

Tidak semua orang mempunyai kualiti potensi diri yang sama yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Jika anda kekurangan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang usahawan, jangan risau – luangkan masa untuk menimba ilmu yang tepat melalui pembacaan, seminar, kelas ataupun cari mentor untuk dijadikan panduan.


2- Membangunkan Idea






Mula membangunkan satu konsep idea perniagaan yang anda minati dan mempunyai pengalaman terhadapnya. Ini memudahkan kerja anda, kerana anda sudah memiliki ilmu dan idea..


3- Penyelidikan


cuba fikirkan bagaimana perniagaan ini boleh menjadi kenyataan. Apakah perkhidmatan yang bakal disediakan sesuatu yang orang ramai tahu atau perlukan Boleh menbuat keuntungan.


4- Pelan Perniagaan


Rancang perkembang dividen dalam masa setahun, tiga tahun dan lima tahun untuk pelabur melabur secara ringkas bersertakan penerangan, perkhidmatan atau servis penerangan pasaran sasaran, unjuran kewangan dan kos operasi.


5- Mengenal Pasti Sasaran Pasaran


Ini merupakan kriteria yang penting bagi sesebuah perniagaan, kerana ia akan menentukan keuntungan dan kerugian perniagaan pastikan berdaftar dengan suruhanjaya sekuti malaysia (SC).


6- Kos Industri


Menentukan kos standard melalui penyelidikan terhadap industri-industri yang sama bidang perniagaan dengan anda. Teknik ini akan membantu anda menguruskan kos kewangan dengan lebih efisyen dan berkesan.


7- Mewujudkan Pelan Pemasaran


Sebaik sahaja anda berjaya menentukan berapa banyak wang yang diperlukan untuk memulakan operasi perniagaan, tiba masanya untuk fikirkan berapa banyak yang diperlukan untuk membangunkan produk atau servis dan merangkakannya menjadi satu pelan pemasaran.


8- Mencari Pelabur Yang Tepat


Anda akan memerlukan beberapa jenis pembiayaan bagi memulakan perniagaan, sama ada melalui simpanan bank, kad kredit, pinjaman, geran atau pelabur. Mencari pelabur yang berkongsi minat sama seperti anda, akan memudahkan anda melakukan perniagaan dengan lebih terancang di masa hadapan. Ketahui asas pelaburan.


9- Memahami Pelabur


Sama ada anda suka ataupun tidak, pelabur mempunyai hak untuk bersuara ke atas syarikat anda. Cuba memahami apakah yang diperlukan oleh mereka sebenarnya. Jika diberi cadangan atau nasihat dari pelabur, dengarkannya dahulu – jangan dibangkang serta merta. Terima sahaja apa yang hendak dikongsikan oleh pelabur, tetapi itu tidak bermakna anda perlu mematuhinya 100% – ambil idea yang bernas sahaja!


10- Membina Satu Sistem Sokongan Keluarga


Kemungkinan besar anda akan melabur lebih banyak masa dan sumber ke dalam perniagaan baru anda. Pastikan keluarga anda memahami situasi ini. Mereka harus sedar bahawa proses ini akan mencabar dari segi emosi dan kewangan secara total. Sokongan keluarga akan dapat membantu pengembangan perniagaan baru dengan pantas.


11- Struktur Undang-undang


Mengenal pasti struktur undang-undang melalui bentuk pemilikan yang terbaik untuk perniagaan anda. Pemilikan terdiri daripada pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat liabiliti terhad, perbadanan, syarikat bukan keuntungan (NGO), koperasi dan sebagainya.


12- Nama Perniagaan


Tentukan nama yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda. Kemudian semak melalui online sama ada nama domain (website) telah dimiliki ataupun tidak.


13- Pendaftaran


Jika nama perniagaan yang dicadangkan boleh dimiliki, cepat-cepat daftar nama syarikat dan beli nama domain website. Lakukan pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


14- Mengambil Peluang


Terdapat banyak sumber-sumber percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Sumber seperti ilmu perniagaan, latihan, nasihat, bantuan wang perniagaan, geran perniagaan dan banyak lagi.


15- Cukai


Kenal pasti cukai yang perlu diwajibkan bayar. Terdapat beberapa cukai yang wajib dibayar seperti cukai perniagaan, pendapatan, eksais dan lain-lain.


16- Permit dan Lesen


Pastikan anda mempunyai permit dan lesen yang sah untuk melakukan perniagaan. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.


17- Insurans


Demi keselamatan, anda boleh membeli insurans-insurans yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Setiap jenis perniagaan mempunyai polisi insurans yang berbeza. Anda juga boleh membeli insurans untuk diri dan pekerja anda sebagai salah satu manfaat yang disediakan oleh syarikat.


18- Buku Rekod


Sentiasa mempunyai simpanan rekod secara fizikal iaitu buku. Rekod aliran wang keluar dan masuk serta aktiviti-aktiviti syarikat.


19- Lokasi Perniagaan


Memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Lokasi yang mudah diakses oleh anda, pelanggan dan pembekal. Ini akan memudahkan pertumbuhan perniagaan.


2o- Tidak Perlu Pejabat


Tidak perlu pejabat, jika anda masih belum lagi mampu untuk memilikinya. Berniaga dahulu, dapatkan keuntungan yang tinggi kemudian kembangkannya dengan mendapatkan pejabat sebagai langkah permulaan. Pejabat dapat meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda wujud dan kukuh.


21- Paten Perniagaan Bila Kukuh


Jangan melakukan paten jika anda masih belum mempunyai wang yang cukup. Ini kerana untuk melakukan paten perniagaan anda memerlukan kos yang mungkin menelan perbelanjaan sehingga mencecah beribu-ribu ringgit. Berniaga dahulu, kukuhkan jenama bisnes dan dapatkan keuntungan yang tinggi – kemudian baru mula patenkan perniagaan.


 22- Pandangan Idea


Anda mungkin berasa idea anda sudah cukup hebat, tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana terdapat banyak lagi idea-idea bukan sahaja hebat malah luar biasa hebat. Jangan sempitkan pemikiran, kongsikan idea sedia ada anda bersama rakan-rakan dan keluarga. Dapatkan pandangan dari mereka dan perbaiki kelemahan jika ada. Mana tahu pandangan yang diterima itu bernas, gabungan idea itu bersama idea anda – hasilnya pasti akan jadi luar biasa hebat.


23- Jangan Takut – Lancar Sahaja


Segala persiapan sudah siap, kini tiba masa untuk lancarkannya secepat mungkin. Jangan tunda pelancaran produk kerana takut ia tidak mendapat sambutan orang ramai.


Lancar sahaja, pada waktu yang sama dapatkan maklumbalas dari pelanggan yang membeli dan bakal pelanggan. Maklumbalas ini merupakan info paling berharga buat bisnes anda, ia akan membantu untuk menaik taraf lagi kualiti produk atau servis ke tahap yang lebih bagus lagi.


24- Produk Inovasi


Produk inovasi adalah salah satu tip yang membuatkan bisnes terus unggul dan maju. Jangan asyik bergantung kepada produk lama sahaja, terokai produk baru yang akan menyegarkan udara bisnes anda. Pelanggan setia sentiasa menanti-nantikan sesuatu yang baru dari bisnes anda, jangan kecewakan mereka.


25- Bersabar & Realistik


Anda bukan seorang ahli magik yang mampu membina empayar besar dalam sekelip mata. Jadi realistik, kejayaan tidak akan turun seperti ribuan titisan air hujan, kejayaan harus ditakluk dengan tindakan dan kesabaran masa. Jangan gementar untuk memulakan perniagaan dengan langkah yang kecil, percayalah langkah yang kecil ini akan menjadi berjuta langkah yang pasti capai kejayaan. Kekalkan bersabar, realistik & tidak putus asa.


Banyak perkara yang saya nak kongsikan khusus untuk mereka yang masih makan gaji, belum mula, baru bercadang, baru bermula dan sudah lama di dalam perniagaan.

Ahad, 21 Februari 2021

Digital itu mudah

Digital bukan sesuatu/benda baru sebenarnya

Assalamualaikum,selamat sejahtera..

Pak cik,mak cik,anak-anak muda,dan adik-adik sekalian,,secara amnya digital bukanlah sesuatu baru ianya telah lama sudah ada dan digunapakai,ramai orang yang lahir sekitar 70an,80an,90an dan tidak terkecuali jgk lahir pada zaman sekarang tidak berapa pandai/tak boleh/tak tahu untuk bermain dengan digital akibat dari tidak terbiasa,masalah kesihatan,umur,terbawa persekitaran seperti biasa,tak berani mencuba,keselamatan,tidak mahu ambil tahu,kemiskinan,rangkaian dan lain-lain.

Digital itu benda mudah je sebenarnya

Untuk makluman setiap urusan melalui digital amat mudah dan senang sekali macam nak makan biji kuaci je..maksud saya tak perlu nak belajar itu ini,cukup tahu yang asas pun dah lebih dari cukup dah yang penting kena ada telefon dan internet je..

Benda asas dalam digital๐Ÿ‘‡
1.Wajib kena ada aplikasi google untuk nak buat carian apa yang anda nak buat tu,hanya perlu taip je..
2.wajib kena ada akaun Email dan aplikasi G-mail tau..
3.wajib kena ingat dan simpan nama pengguna/username dan kata laluan/password untuk setiap urusan digital..kalau nak lebih senang tulis dalam kertas je..kalau terlupa anda hanya perlu tekan lupa kata laluan/forget password..kemudian isi alamat email dan buka semula aplikasi G-mail untuk tekan link yang dihantar bagi membuat katalaluan baru/reset password 
4.untuk pendaftaran/register apa-apa akaun sekalipun hanya perlu tekan daftar akaun baru/sign-up/create account/tiada akaun..kemudian isi lah semua yang diminta tu terutama yang ada tanda ๐Ÿ‘‰ *  ..jika ada keluar saya bukan robot/rechapta tandakan 3 gambar yg diminta dan tekan sah/verify kemudian baru lah anda boleh log masuk/login..

Apa-apa yang melibatkan digital ☝️Tu adalah asas dalam perakaunan digital..

kita pergi ke asas untuk anda cari bantuan/helpline pulak๐Ÿ‘‡

1.selepas sudah masuk hasil carian,pakcik makcik perlu cari perkataan setting atau ๐Ÿ‘‰⚙️/menu/garisan - bertindih kemudian tekan FAQ/HELPLINE/SUPPORT/SOALAN LAZIM kemudian boleh lah salin atau call nombor tersebut untuk batuan atau pertanyaan.

Senang je kan☝️..kita masuk plk ke perkara asas untuk mencari maklumat๐Ÿ‘‡yg anda ingin tahu..

1.carian mesti lah di dalam aplikasi google kerana ianya lebih mudah..
2.dunia digital apa yang anda mahu cari/tengok/tahu semua ada cuma perlu taip je dalam google.
3.jika maklumat berkaitan kerajaan anda mesti kena cari maklumat tersebut di dalam laman web/page kerajaan sahaja baru lah maklumat itu sahih..jika maklumat swasta atau individu pun sama jgk kena cari dalam page diaorang terus.
4.jika nak cari maklumat berkaitan barang-barangan,harga,kualiti,original,resepi atau lain-lain boleh lah anda survey di kedai-kedai online contoh shopee/mudah.com/butik/facebook/ dan lain-lain
5.jika maklumat memlibatkan orang/haiwan/benda/video/gambar/totarial/cara-cara boleh taip je dalam google dan pilih lah video atau gambar untuk tengok.jika tiada boleh gunakan aplikasi firefox atau duckgo.

Itu sahaja kalau perlukan bantuan boleh e-mail kat sy terus syafirudinsabri1@gmail.com

Perkara asas untuk hilangkan iklan ketika buat hasil carian ๐Ÿ‘‡

1.kalau ada iklan besar penuh satu skrin pak cik,mak cik tunggu sekitar 10 saat kemudian cari dan tekan ๐Ÿ‘‰✖️/CLOSE..jika keluar iklan yang kecil plk jika tak menganggu biarkan saja kalau dah menganggu sama jgk tekan ✖️/close/remove/skip.
2.jika iklan itu penuh lain yang dicari lain plk yang keluar pakcik,makcik perlu tekan back/ ⬅️/๐Ÿ”™/◀️/ kerana link tersebut sudah rosak jadi kena buka google balik dan buat carian baru semula..

Senang je..kena beranikan mencuba,tak cuba tak tahu,ringan-ringankan lah tangan tu..soal keselamatan tak perlu dibimbang pun kerana digital yang menbimbing kita..jikalau kita berasa curiga atau was-was cuma perlu taip je dalam google..

Itu saja dari saya untuk permulaan ,semoga diberkati ,perkongsian yang bermanfaat..nantikan blog sy seterusnya untuk topik yg lebih menarik berkenaan digital..next topik income digital.


Selasa, 17 Januari 2017

Aku pengejar hal dunia sehingga yg hakiki aku sengaja lupakan

Sy muhammad syaferudin anak sabri cucu kpd mohd noor..aku berumur 21tahun pd tahun baru ni 2017..selamat tahun baru ye semua..

Aku nk ceritakan perasaan yg aku rasa,,aku just nk ceritakan je bukan nk riak ke,belagak ke..please understand

Aku ni buleh dikata jahat dan nakal la sejak dr kecil hingga ke umur aku 19tahun pd tahun 2015..bab solat xyah cerita la,dah nama pom orng jahat,yg pasti aku xsolat walaupun solat jumaat..

Pd tahun 2016 ibu aku izinkan aku pergi keyel(kuala lumpur) untuk kerja,.betapa gembira nya aku,,biasa la bro jiwa muda..rasa seronok bila berjauhan..first aku kerja kamdar,,sebgai pembantu stor..time tu bleh dikirakan aku ramai jgk la member mat klate(kelantan),,point aku nk cerita ni,aku merosakkan diri aku sendiri,merosakkan keturunan aku..aku isap batu,aku minun arak,aku mencuri,,time tu aku rasa seronok,sbb ada sifat ingin mencuba sehingga 13,01,2017.

Pada 14 dan 15hb tu aku rasa lain,sehingga aku dpt mimpi buruk,,aku buka fb hingga terjumpa 1video,waktu tu air mata aku jatuh,bulu roma berdiri tegang,takut dan mcm2 aku rasa..menangis..

Setelah aku cuba kembali ke jalan allah,mcm2 dugaan yg aku terima,hingga aku kena buang kerja kerana pergi solat terlalu lama..

Sekarang aku redha..semoga niat baik aku ini menbawa aku ke satu tempat yg ingin aku tuju..amin

Sabtu, 26 Disember 2015

kejayaan bermula di tingkatan 6

assalamuialakum,sy muhammad syafirudin bin sabri..sy harap kalian semua sihat belaka? amin...sy berharap kalian semua sudi menbaca blog sy yang tidak menarik ini..saat ini sy ingin menyatakan bahawa sy salah seorang bekas pelajar tingkatan 6 di smk seri aman di negeri kelantan.zaman sekarang kalau adik2 sambung belajar ke tingkatan 6 sudah tidak menjadi percakapan orang ramai terutama orang2 kampung dan bandar..ayat yg biasa sy dengar dari orang2 kampung "alah sambung belajar ke tingkatan 6 je kot bukannya universiti,bodoh2 anak sy pom dapat masuk tingkatan 6 juga"..adik2 jangan hiraukan apa yg dicakap oleh orang lain..sekarang ni sy
mahu berkongsi pengalaman dan kelebihan di tingkatan 6..andai kata adik2 mendapat surat tawaran ke tingkatan 6 dan pada waktu tu dalam fikiran adik2 mengatakan bahawa tingkatan 6 adalah satu pembelajaran yang amat susah dan tidak tersohor seperti universiti dan akan menjatuh imej kita..huhu..dahulu sy pom fikir begitu juga dan sy tiada pilihan lain..waktu tu tingkatan 6 sudah guna sistem baru iaitu sistem 3 sem seperti universiti,dan sistem kalau gagal dapat buat ulangan semula tanpa menjejaskan tempoh pembelajaran selama 1 tahun 5 bulan..di tingkatan 6 hanya 4 subjek matapelajaraan je yg perlu diambil tapi kalau mahu ambil 5 subjek pom buleh juga sebagai back up.adik2 fikir la jika mahu dibandingkan dengan berapa subjek yg adik2 ambil waktu spm dahulu..sy cadangkan adik2 ambil 5 subjek je.. pengalaman sy pada sem 1 sy dapat jumpa kawan2 baru,sy ni sebenarnya pelajar yg bermasalah,sy pergi sekolah sbb nk duit saku je,kalau pergi pom pukul 9 baru sampai sekolah,kadang2 xpergi terus sekolah.apabila sampai sekolah jumpa kawan2 dan pergi hisap rokok kt tandas,main game coc,ponteng kelas,bercinta,buli budak menegah rendah sambil pau duit diorang dan tidur dalam kelas..itu la sy..haha.tapi apabila sy masuk kelas sy akan saling nota setiap subjek,tu pom kalau sy rajin la..last2 minute nk exam sy buat satu nota yg ringkas dimana nota tersebut hanya ada fakta sahaja..sy baca fakta tu je hingga la exam..begitu juga dengan sem 2 dan 3 cuma sem 2 dan 3 perlu buat kerja krusus je..bagi sy tingkatan 6 adalah sesuatu yg mudah jika hendak dibandingkan dengan tingkatan 5,jauh sangat perbezaannya.apa yang perlu adik2 buat hanya buat satu nota ringkas setiap subjek mengikut kefahaman adik2,satu lg di tingkatan 6 adik2 perlu faham bukannya menghafal.insyallah adik2 akan berjaya..harapan sy supaya adik2 sambung belajar ke tingkatan 6 sbb kita sedar siapa diri kita,kita ni bukannya dari keluarga yg banyak duit untuk sambung belajar ke unversiti walaupom IPTA..kita perlu tahu kos hidup sekarang..setakat mahu masuk unversiti kalau mahu enjoy2 baik tak payah..tidak pasal2 kena buat pinjaman..kita perlu tahu stpm tu diploma juga tapi tidak ada pinjaman malah kita dapat elaun pula dan sijil stpm laku sangat untuk sambung degree dan untuk kerja dibawah kerajaan..adik2 perlu tahu sbb penting tu

Khamis, 24 Disember 2015

permulaan yang penuh harapan

assalamualaikum untuk umat2 islam di luar sana dan selamat sejahtera untuk yang bukan islam di luar sana.Semoga semuanya sihat belaka? amin..Saya ingin mengatakan bahawa ini pertama kali sy main blogger.sebenarnya sy rasa takut juga nk taip2 ayat ni,tapi sy cuba la.Maklum la sy ni orang kampung.Pertama kali sy nk ucapkan sy memohon maaf kalau ayat sy ini memainkan peranan mental hingga menyebabkan awk2 semua pening untuk fahami,huhu maklum la subjek bahasa melayu sy xpernah dapat gred A.Sy juga ingin sangat berkongi luahan perasaan,kekesalan,pendapat,masalah,dan banyak lg la,Maklum la manusia xlari dari kesalahan....sebenarnya text ni sy tujukan untuk abang2,kakak2,makcik2,pakcik2,adik2 yg smart2,baik2, dan comel2 belaka untuk memberi tunjuk ajar dan teguran supaya dapat sy main blogger ini dengan jayanya,dengan harapan sy dapat menjadi penulis yang terbaik dan Saya juga berharap supaya awk2 semua sudi memberi kerjasama ye. .jgn pulak jadi macam Pak Pandir ye..