Ahad, 21 Februari 2021

Digital itu mudah

Digital bukan sesuatu/benda baru sebenarnya

Assalamualaikum,selamat sejahtera..

Pak cik,mak cik,anak-anak muda,dan adik-adik sekalian,,secara amnya digital bukanlah sesuatu baru ianya telah lama sudah ada dan digunapakai,ramai orang yang lahir sekitar 70an,80an,90an dan tidak terkecuali jgk lahir pada zaman sekarang tidak berapa pandai/tak boleh/tak tahu untuk bermain dengan digital akibat dari tidak terbiasa,masalah kesihatan,umur,terbawa persekitaran seperti biasa,tak berani mencuba,keselamatan,tidak mahu ambil tahu,kemiskinan,rangkaian dan lain-lain.

Digital itu benda mudah je sebenarnya

Untuk makluman setiap urusan melalui digital amat mudah dan senang sekali macam nak makan biji kuaci je..maksud saya tak perlu nak belajar itu ini,cukup tahu yang asas pun dah lebih dari cukup dah yang penting kena ada telefon dan internet je..

Benda asas dalam digital๐Ÿ‘‡
1.Wajib kena ada aplikasi google untuk nak buat carian apa yang anda nak buat tu,hanya perlu taip je..
2.wajib kena ada akaun Email dan aplikasi G-mail tau..
3.wajib kena ingat dan simpan nama pengguna/username dan kata laluan/password untuk setiap urusan digital..kalau nak lebih senang tulis dalam kertas je..kalau terlupa anda hanya perlu tekan lupa kata laluan/forget password..kemudian isi alamat email dan buka semula aplikasi G-mail untuk tekan link yang dihantar bagi membuat katalaluan baru/reset password 
4.untuk pendaftaran/register apa-apa akaun sekalipun hanya perlu tekan daftar akaun baru/sign-up/create account/tiada akaun..kemudian isi lah semua yang diminta tu terutama yang ada tanda ๐Ÿ‘‰ *  ..jika ada keluar saya bukan robot/rechapta tandakan 3 gambar yg diminta dan tekan sah/verify kemudian baru lah anda boleh log masuk/login..

Apa-apa yang melibatkan digital ☝️Tu adalah asas dalam perakaunan digital..

kita pergi ke asas untuk anda cari bantuan/helpline pulak๐Ÿ‘‡

1.selepas sudah masuk hasil carian,pakcik makcik perlu cari perkataan setting atau ๐Ÿ‘‰⚙️/menu/garisan - bertindih kemudian tekan FAQ/HELPLINE/SUPPORT/SOALAN LAZIM kemudian boleh lah salin atau call nombor tersebut untuk batuan atau pertanyaan.

Senang je kan☝️..kita masuk plk ke perkara asas untuk mencari maklumat๐Ÿ‘‡yg anda ingin tahu..

1.carian mesti lah di dalam aplikasi google kerana ianya lebih mudah..
2.dunia digital apa yang anda mahu cari/tengok/tahu semua ada cuma perlu taip je dalam google.
3.jika maklumat berkaitan kerajaan anda mesti kena cari maklumat tersebut di dalam laman web/page kerajaan sahaja baru lah maklumat itu sahih..jika maklumat swasta atau individu pun sama jgk kena cari dalam page diaorang terus.
4.jika nak cari maklumat berkaitan barang-barangan,harga,kualiti,original,resepi atau lain-lain boleh lah anda survey di kedai-kedai online contoh shopee/mudah.com/butik/facebook/ dan lain-lain
5.jika maklumat memlibatkan orang/haiwan/benda/video/gambar/totarial/cara-cara boleh taip je dalam google dan pilih lah video atau gambar untuk tengok.jika tiada boleh gunakan aplikasi firefox atau duckgo.

Itu sahaja kalau perlukan bantuan boleh e-mail kat sy terus syafirudinsabri1@gmail.com

Perkara asas untuk hilangkan iklan ketika buat hasil carian ๐Ÿ‘‡

1.kalau ada iklan besar penuh satu skrin pak cik,mak cik tunggu sekitar 10 saat kemudian cari dan tekan ๐Ÿ‘‰✖️/CLOSE..jika keluar iklan yang kecil plk jika tak menganggu biarkan saja kalau dah menganggu sama jgk tekan ✖️/close/remove/skip.
2.jika iklan itu penuh lain yang dicari lain plk yang keluar pakcik,makcik perlu tekan back/ ⬅️/๐Ÿ”™/◀️/ kerana link tersebut sudah rosak jadi kena buka google balik dan buat carian baru semula..

Senang je..kena beranikan mencuba,tak cuba tak tahu,ringan-ringankan lah tangan tu..soal keselamatan tak perlu dibimbang pun kerana digital yang menbimbing kita..jikalau kita berasa curiga atau was-was cuma perlu taip je dalam google..

Itu saja dari saya untuk permulaan ,semoga diberkati ,perkongsian yang bermanfaat..nantikan blog sy seterusnya untuk topik yg lebih menarik berkenaan digital..next topik income digital.


Tiada ulasan: